Mukah merupakan salah satu bahagian dalam negeri Sarawak yang penuh dengan kepelbagaian etnik dan budaya termasuklah masyarakat Melanau . Masyarakat Melanau bukan hanya tertumpu di mukah tetapi banyak kawasan lain yang menempatkan kaum melanau. satu kajian untuk mengenali lebih mendalam mengenai masyarakat melanau telah dilakukan di mukah iaitu tempat yang terkenal dengan etnik dan adat istiadat masyarakat Melanau. Masyarakat Melanau terdiri daripada Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan.Kebanyakan masyarakat luar dari Sarawak menganggap semua masyarakat Melanau adalah sama tetapi sebenarnya ia berbeza mengikut kawasan. Ini terbukti apabila kajian dilakukan di Kampung Tellian, Mukah. Kampung Tellian terbahagi kepada Kampung Tellian Daya(asalnya kampung tellian ulu), Kampung Tellian Hilir dan Kampung Tellian Tengah. Kajian lebih tertumpu kepada adat, ritual, dan makanan tradisional masyarakat melanau.
Dengan keunikan tersendiri telah menarik perhatian masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang etnografi masyarakat melanau yang lebih tertumpu di bahagian mukah. Kajian terhadap tellian mukah juga menitikberatkan status sosial. Adat perkahwinan ini juga membezakan mengikut pangkat seperti 7 bertirih, 7 pikul dan 9 pikul. masyarakat ini berbeza mengikut tempat dan perkampungan. Malah dialek setiap tempat ini berbeza-beza mengikt suku kaum melanau itu sendiri.
kebanyakan penduduk kampung tellian menghasilkan sagu dan terbaloi yang sinonim sebagai salah satu makanan turun temurun yang menjadi sumber pendapatan mereka.perubatan dan kepercayaan juga masih dipercayai sampai sekarang seperti bayoh, jerunai, kubur gantung dan batang pagan.
.jpg)
No comments:
Post a Comment