KEPERCAYAAN MELANAU
DAKAN
 |
| Patung Dakan |
Menurut Augustine Bin Aanyub, Dakan merupakan patung yang diperbuat daripada dahan rumbia. Patung ini juga dikenali sebagai patung yang digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Pesakit yang tidak dapat diubati dengan upacara bebayoh baru akan menggunakan dakan. Terdapat pelbabai jenis bentuk dan saiz patung dakan yang dibuat mengikut jenis-jenis penyakit. Selepas pesakit telah dikenalpasti penyakit yang dihadapinya melalui upacara bebayoh, pesakit akan dilanjutkan kepada orang yang mengubati penyakit menggunakan dakan. Dahan rumbia akan diukir mengikut jenis penyakit yang dihadapi, dimulakan daripada mengukir bahagian badan patung dan barulah mata patung dakan boleh diukir. Selepas patung dakan dihasilkan, pesakit akan duduk, patung dakan akan berada di atas kepala pesakit dan seterusnya air disiram dari atas patung dakan terus ke pasakit yang duduk. Jampi digunakan semasa patung dakan dibuat. Selepas berubat, patung yang digunakan akan dibuang dan dihanyutkan ke sungai yang jauh dari kawasan perumahan. Selain itu, patung dakan yang telah dihanyutkan ke sungai tidak boleh diambil dan dikatakan jika menjumpai atau menganggu patung tersebut seperti memotong patung dakan itu, nescaya mereka akan meninggal dunia. Menurutnya lagi, patung dakan juga tidak boleh disimpan di dalam rumah dan mesti dihanyutkan ke sungai
BATANG PAGAN

batang Pagan adalah salah satu kepercayaan masyarakat Melanau di Kampung Tellian, Mukah. Batang Pagan ini satu-satunya terdapat di Kampung Tellian, Mukah. Pagan bermaksud melintang dan batang ini dikatakan terletak secara melintang di dalam sungai Kampung Tellian. Menurutnya lagi, batang Pagan berfungsi untuk menahan air daripada mengalir masuk ke Kampung Tellian dan dipercayai dapat menghalang penyakit. Batang Pagan juga dipercayai boleh mengubati penyakit seperti kolera, taun dan sakit perut. Kepercayaan ini masih dipercayai sehingga kini. Beliau turut memberitahu bahawa batang tersebut mempunyai penunggu dan dikatakan setiap orang yang ingin menggunakannya hanya boleh mengambil sekali sahaja dan tidak boleh diambil sesuka hati. Untuk mengambilnya mestilah meletakkan paku sebagai pengganti. Menurut Raini, sekiranya kita tidak meletakkan paku, penunggu batang Pagan tersebut akan datang menemui kita dalam mimpi untuk menanyakan tujuan mengambil batang tersebut. Sekiranya kita tidak meletakkan paku, ini bermaksud kita sudah menceroboh tempat penunggu batang Pagan tersebut. Menurut Raini, salah seorang penduduk telah mengambil barang seperti serpihan-serpihan lama dari dalam sungai tersebut. Mereka menjumpai barang tersebut ketika cuba mendalamkan sungai. Penduduk yang telah mengambil barang tersebut telah bermimpi mengenai penunggu batang Pagan dengan menyuruh mereka memulangkan kembali barang tersebut ke tempat asal. Sekiranya mereka enggan mereka akan mati.
No comments:
Post a Comment