Saturday, 27 July 2013

MAKANAN POPULAR DI MUKAH




UMAI


Umai? Apa itu Umai? Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional masyarakat Sarawak. Umai juga merupakan sepupu sashimi(sushi) di negara Jepun. Tetapi umai tetap popular di kalangan masyarakat di Sarawak. Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran bahagian Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan di buang tulangnya. Kalau anda tidak mahu membuang tulangnya tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adalah ikan kecil. Ikan dilaut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili. Nak asam lagi anda boleh tambah buah maram(ba'un buah dari pohon mulung). Semakin banyak limau nipis dan dan cili semakinsedap lah umai anda. Kemudian hirisan ikan tadi digaul hingga sebati dengan bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai, tambahkan saja MSG dan garam secukupnya. Jadilah umai yang senang disediakan. Oleh kerana umai senang disediakan, nelayan biasanya hanya berbekalkan cili, bawang, limau, garam dan MSG sahaja ke laut. Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika ikan umai telah siap untuk dimakan , jangan tunggu lama2 kerana apabila ikan itu sudah masak(campuran limau dan cili boleh memasakkan ikan secara semulajadi) umai hilang sedapnya. Cubalah rasa Umai Mukah hari ini. :)





TEBALOI

Tabaloi merupakan makanan tradisional Kaum Melanau. Tabaloi diproses dengan dua cara iaitu dengan menggunakan cara tradisional atau moden. Satu kajian Etnografi tentang cara- cara pembuatan Tabaloi telah dijalankan di Kampung Tutus Hilir, Mukah. Di kampung tersebut, lokasi kajian adalah bertempat di kilang pengusaha Tabaloi milik Puan Fatimah.
Tebaloi Siap Diproses
Menurut penduduk kampung, asal-usul Tabaloi adalah tidak begitu diketahui. Penduduk kampung menceritakan bahawa Tabaloi merupakan snek yang dimakan semasa mereka menjalankan proses membuat sagu. Tabaloi pada zaman dahulu adalah berbeza berbanding Tabaloi yang dihasilkan pada zaman sekarang. Pada zaman dahulu, Tabaloi dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan belanga yang besar. Peralatan yang digunakan adalah berbeza kerana belanga yang digunakan adalah ditebuk lubang di bahagian bawahnya. Dalam cara pembuatan tradisional, satu adunan Tabaloi akan mengambil masa selama 1 hari untuk diadun iaitu dari pukul 4 pagi sehingga pukul 7 malam. Manakala pembuatan cara moden pula, Tabaloi dihasilkan dengan menggunakan mesin iaitu mesin parut kelapa, mesin pengadun dan ketuhar.Tabaloi yang diusahakan oleh Puan Fatimah terdiri daripada 5 perisa. Pada sekitar tahun 1990an, Tabaloi yang dihasilkan adalah tanpa sebarang perisa iaitu berperisa asli. Manakala sekitar tahun 2000, Tabaloi mula dihasilkan dengan berperisa. Tabaloi berperisa yang mula-mula dihasilkan adalah Tabaloi berperisa kunyit. Pada tahun 2010, Tabaloi telah dihasilkan berperisa strawberi, milo, dan pandan. Pada masa akan datang, Puan Fatimah bercadang untuk meningkatkan lagi kualiti Tabaloi yang dihasilkannya iaitu dengan menambahkan lagi perisa-perisa yang sedia ada dalam Tabaloi. Menurut beliau, Tabaloi yang paling digemari oleh masyarakat Malanau adalah Tabaloi berperisa kunyit. Walau bagaimanapun, Tabaloi berperisa asli tetap mendapat sambutan dalam kalangan Masyarakat Melanau.


No comments:

Post a Comment