PEKAN DALAT
Dalat, sebuah pekan kecil Melanau merupakan perhentian yang menarik sekiranya anda berada di Mukah, atau persinggahan sekiranya anda berjalan menaiki bot laju dari atau ke Sibu. Di luar pejabat daerahnya, berhadapan dengan kuil cina dan dermaga bot laju, terdapat kelidieng (tiang korban) Melanau yang masih wujud sehingga ke hari ini. Kelidieng, diperbuat daripada batang kayu belian (ironwood) dan dihiasi dengan ukiran kerawang, telah digunakan di dalam ritual purba bagi mengelak malapetaka. Sekiranya komuniti mereka dilanda malapetaka, seorang gadis muda akan diletakkan di dalam batang kayu tersebut dengan hanya diberikan air minuman sehingga dia menemui ajalnya. Pengorbanan sebegini dilihat sebagai cara untuk mengelakkan kemarahan dewa dan roh dari menurunkan malapetaka kepada komuniti ini. Menariknya, salib yang terdapat di dalam altar gereja RC St.Bernard (500m hulu sungai, pengunjung dialu-alukan) juga diperbuat daripada kelidieng untuk memberi sentuhan kebudayaan Melanau kepada konsep pengorbanan Jesus Christ yang sebenarnya.
TELAGA PENAWAR KAMPUNG JEMORENG,MATU
![]() |
| Tiang Benitek |
Telaga Penawar dan Tiang Benitek adalah dua tempat bersejarah yang terdapat di Kampung
Jemoreng, juga dalam Daerah Matu. Telaga Penawar atau Tebah Penawar merupakan air telaga yang
boleh menyembuh pelbagai penyakit mengikut sejarah orang dulu-dulu. Ia juga menjadi kunjungan
pasangan suami isteri yang ingin mendapat anak. Malah, suatu ketika dulu dikatakan jika orang yang
cuba menuba di hulu dan ikan yang berenang ke hilir serta melalui kawasan telaga ini tidak akan
mabuk oleh bahan tuba berkenaan. Menurut sejarah orang dahulu, air telaga ini boleh didapatkan
dengan cara memusingkan duit syiling atau paku di sekeliling badan kepada siapa yang ingin
mengambil air Telaga Penawar kemudian melontar syiling atau paku tersebut ke dalam air telaga.
Namun, kesedaran daripada penduduk kampung dan kampung-kampung di sekitar kampung
![]() |
| Telaga Penawar |
Jemoreng yang majoritinya menganut agama Islam, menyebabkan air telaga penawar kian dilupakan.
Hali ini kerana, sekiranya kepercayaan terhadap air telaga penawar diteruskan, boleh menimbulkan
khurafat di kalangan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kini, Telaga Penawar hanyalah
sebagai boneka tempat bersejarah di Kampung Jemoreng Matu.
| Makam Orang Kaya Sergunim |
Manakala, Tiang Benitek pula ialah sebatang tiang kayu berlian yang berukur lilit 80 cm yang masih
menjadi misteri kepada penduduk kampung Jemoreng. Menurut cerita warga tua di sini, tiang ini
dahulunya menjadi tempat pengadilan (lebih kurang macam mahkamah) semasa zaman pembesar
Orang Kaya Sergunim lebih kurang 400 tahun dulu. Menurut cerita orang kampung, di bawah Tiang
Benitek ini, terdapat duit syiling lama yang menjadi peninggalan orang zaman dahulu.

.jpg)


No comments:
Post a Comment