Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke sepuluh di Sarawak pada 1 Mac 2002 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
Keluasan Pentadbiran Bahagian Mukah seluas 6
997.61 kilometer persegi yang terdiri daripada empat Daerah iaitu Mukah, Dalat,
Matu dan Daro serta empat buah daerah kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan
Belawai. Daerah Mukah merupakan pusat pentadbiran di peringkat bahagian.
Mukah mempunyai banyak keunikan yang
tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan dan lain-lain.
Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan 'Pesta Kaul' yang diraikan
pada bulan April pada setiap tahun dan merupakan salah satu acara tahunan di
sini.

No comments:
Post a Comment